Tinta

Tournament Tinta

mari tumbuh bersama Tinta

1,000 followers ke bawahPrize sehingga RM500Jemputan sahaja
testing 3Winner telah diumumkanWinner telah diumumkan — final standings sudah rasmi

Untuk tournament pertama Tinta, kami menjemput writer dengan 1,000 followers ke bawah. Ada cerita, tapi belum ramai yang jumpa? Bawa karya awak ke sini dan kenalkan kepada reader Malaysia. Score datang daripada genuine reads dan comments yang layak, dengan formula yang sama untuk setiap peserta. Tiada juri atau undian.

3
points untuk setiap chapter yang betul-betul dibaca
2
points untuk setiap comment yang dikira
30
points maksimum bagi setiap reader untuk satu buku
3
buku maksimum untuk setiap writer
Tempat pertama
RM500
Tempat kedua
RM250
Tempat ketiga
RM150

Prize di atas untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Setiap writer boleh menghantar maksimum tiga buku, tetapi hanya score buku tertinggi menentukan ranking.

Season ini

Tiga phase, dengan satu tempoh pengiraan points

Points hanya dikumpul dalam phase 2. Phase 1 untuk persediaan dan penyertaan; phase 3 untuk review. Writer yang dijemput boleh menyertai sepanjang phase 1 dan 2. Pilih mana-mana phase untuk melihat langkah seterusnya. Tarikh dipaparkan mengikut waktu Malaysia.

Announcement

27 Sep

Winner diumumkan dan leaderboard menjadi rasmi. Tiga tempat teratas diisi oleh writer berbeza, berdasarkan score buku terbaik masing-masing.

Apa yang awak buat

  • Winner menerima notification dalam app dan direct message daripada account rasmi @tinta_support.
  • Balas message tersebut dengan butiran pembayaran dan pilihan awak: bank transfer atau e-wallet.
  • Claim prize dalam 14 hari kalendar dari tarikh announcement. Prize yang tidak dituntut dalam tempoh ini dilucutkan dan tidak dipindahkan kepada peserta lain.

Cara masuk

Langkah mudah untuk masuk

Empat langkah untuk menyertai melalui Studio. Sudah ada account dan karya di Tinta? Terus ke borang tournament apabila penyertaan dibuka.

  1. 1

    Sign in ke Tinta

    Sudah menerima jemputan? Sign in menggunakan account Tinta awak. Jika belum ada account, daftar dengan Google dan lengkapkan onboarding yang dipaparkan. Penyertaan tournament adalah percuma.

  2. 2

    Sediakan karya awak

    Buka Studio → New Work dan publish chapter pertama. Karya sedia ada di Tinta atau platform lain seperti Wattpad juga boleh dihantar, asalkan milik awak dan memenuhi syarat penyertaan.

  3. 3

    Buka tournament dalam Studio

    Pilih Founder Writer 001 dalam Studio untuk membuka borang penyertaan. Pendaftaran dibuat di situ. Selepas menyertai, awak boleh mengikuti score melalui Quest Log.

  4. 4

    Pilih buku dan sahkan penyertaan

    Pilih satu hingga tiga buku. Semua buku muncul dalam leaderboard, tetapi hanya score buku tertinggi dikira untuk ranking. Lengkapkan maklumat platform sosial, username atau handle, dan jumlah followers yang diminta, kemudian sahkan penyertaan.

    Pilihan buku boleh diubah sepanjang phase 1. Jika masuk semasa phase 2, senarai buku terus terkunci, dan points dikira dari saat awak masuk.

Pengiraan points

Setiap bacaan bermakna

Score dikira daripada genuine reads dan comments yang layak. Setiap reader boleh menyumbang sehingga 30 points bagi setiap buku. Cuba calculator di bawah untuk memahami formulanya. Simulasi ini mengandaikan jumlah reader, chapter dan comments yang sama bagi setiap buku, semuanya dalam tempoh pengiraan points.

Buku dimasukkan

1 buku dinilai sendiri. Hanya score tertinggi dikira untuk ranking.

40
8
2

Maksimum satu comment bagi setiap chapter yang dibaca, serta satu di halaman buku jika ada sekurang-kurangnya satu genuine read. Had dalam simulasi ini: 9.

Simulasi score awak

1,120

40 reader × 28 points

Sumbangan seorang reader bagi setiap buku

Sebelum cap · 28
Points dikira · 28

8 × 3 untuk reads + 2 × 2 untuk comments

Masih di bawah cap. Reader ini masih boleh menyumbang 2 points lagi kepada buku ini. Cuba ubah bilangan chapter atau comments untuk melihat perbezaannya.

Aktiviti yang menyumbang points

  • 3 pointsSatu chapter yang betul-betul dibacaDikira sekali sahaja bagi setiap pasangan reader dan chapter. Bacaan semula tidak menambah points, dan bacaan awak pada karya sendiri tidak dikira.
  • 2 pointsSatu comment dalam chapterMaksimum satu comment bagi setiap reader pada setiap chapter, dengan genuine read pada chapter yang sama.
  • 2 pointsSatu comment di halaman bukuMaksimum satu comment bagi setiap reader pada setiap buku, dengan sekurang-kurangnya satu genuine read dalam buku itu.

Setiap reader boleh menyumbang maksimum 30 points bagi setiap buku, termasuk reads dan comments. Untuk penyertaan tiga buku, reader yang sama boleh menyumbang sehingga cap pada setiap buku. Selepas cap dicapai, sumbangan reader lain diperlukan untuk menambah score buku tersebut. Hanya buku dengan score tertinggi bagi setiap writer dikira untuk ranking; score buku-buku lain tidak dijumlahkan.

Aktiviti yang tidak menyumbang points

  • Buka chapter tanpa baca cukup lama
  • Reads daripada pelawat yang tidak sign in
  • Baca atau comment buku awak sendiri
  • Baca semula chapter yang awak sudah baca
  • Comment kedua pada chapter yang sama, atau comment kedua di halaman buku yang sama
  • Comment pada album Scenes
  • Comment yang sudah dipadam
  • Apa-apa sahaja di luar phase 2

Apa maksud “genuine read”

Genuine read ialah bacaan yang memenuhi syarat pengesahan sistem. Antara syaratnya:

  • Reader itu sign in ke account Tinta.
  • Chapter dibaca untuk tempoh yang mencukupi. Tempoh yang diperlukan bergantung pada panjang chapter.
  • Masa bacaan boleh terkumpul merentas beberapa sesi. Awak boleh berhenti seketika dan sambung membaca kemudian.
  • Masa bacaan tidak bertambah apabila halaman bacaan tidak aktif atau peranti dikunci.
  • Reader itu bukan writer karya itu sendiri.

Membuka chapter atau scroll hingga ke penghujung sahaja tidak menjamin points. Bacaan perlu memenuhi syarat di atas untuk dikira.

Siapa boleh masuk

Season ini untuk tunas tunas baharu

Penyertaan melalui jemputan, khusus untuk writer dengan 1,000 followers atau kurang pada tarikh jemputan. Ruang untuk karya awak bertemu reader baharu.

Kenapa ada had 1,000 followers?

Cerita dah ada, tapi reader belum ramai? Itulah ruang yang kami mahu buka melalui tournament pertama Tinta. Had followers ini memberi peluang kepada writer dengan audience yang masih kecil untuk memperkenalkan karya mereka.

Awak tak perlu jadi nama besar untuk mula. Bertanding dengan writer yang turut membina audience, kongsikan karya dan beri reader peluang mengenali tulisan awak. Setiap bacaan yang layak boleh menyumbang kepada score.

Dijemput oleh Tinta

Tiada permohonan terbuka untuk season ini.

1,000 followers atau kurang

Dikira pada hari awak dijemput, guna angka tertinggi awak di mana-mana platform — Wattpad, Instagram, TikTok, mana-mana. Followers yang bertambah selepas itu tidak menghilangkan kelayakan awak; kami memang harap ia bertambah.

Bermastautin di Malaysia

Tournament ini untuk Malaysia sahaja.

Umur 15 tahun ke atas

Ikut Terms of Service Tinta. Bawah 18 tahun boleh masuk dan boleh menang — prize dibayar melalui ibu bapa atau penjaga, dengan kebenaran mereka.

Account aktif

Account mestilah aktif dan tidak suspended atau banned.

Final standings

Semua buku dipaparkan. Hanya buku dengan score tertinggi setiap writer dikira untuk ranking.

  1. 10
  2. 20
  3. —0

Butiran penuh

Peraturan

Ringkasan ini membantu awak memahami syarat penyertaan. Rujuk dokumen peraturan rasmi yang diterima bersama jemputan untuk versi yang mengikat. Pilih topik untuk membaca butirannya.

Karya apa yang boleh dihantar?

Karya sedia ada di Tinta atau platform lain boleh dihantar, tertakluk pada syarat di bawah. Tarikh publish bukan penentu kelayakan. Points hanya dikira sepanjang promotion dan tidak termasuk bacaan yang disahkan sebelum awak menyertai.

Karya mesti ditulis dalam Bahasa Melayu. Peraturan tidak menetapkan jumlah chapter atau perkataan minimum. Untuk memilih buku melalui Studio, publish sekurang-kurangnya satu chapter terlebih dahulu.

Buku yang pernah bertanding dalam season Founder Writer sebelum ini tidak boleh dihantar semula. Satu buku bertanding sekali sahaja.

Karya yang masih bersambung atau sudah tamat diterima. Awak mesti memiliki semua hak yang diperlukan untuk menghantar karya tersebut. Penyertaan karya milik orang lain akan dibatalkan.

Karya awak kekal milik awak. Publish di Tinta memberikan license non-exclusive untuk menyimpan, memaparkan dan mempromosikan karya, mengikut Terms of Service.

Macam mana buku saya dikira untuk ranking?

Tiada category. Setiap writer boleh menghantar maksimum tiga buku dan bertanding dalam satu ranking keseluruhan.

Awak boleh menukar pilihan buku sepanjang phase 1. Selepas itu, senarai buku terkunci. Jika menyertai semasa phase 2, senarai buku terus terkunci apabila penyertaan dibuat.

Setiap buku dinilai sendiri. Score tertinggi sahaja menentukan ranking writer. Buku lain kekal dalam leaderboard dengan score, sedikit kelabu dan label “Tidak dikira untuk ranking”, tanpa nombor ranking.

Jika buku penyertaan dipadam atau disembunyikan, buku tersebut dan points daripadanya tidak lagi dikira. Sistem memilih buku dengan score tertinggi daripada buku yang masih layak.

Macam mana points dikumpul?

Satu genuine read untuk satu chapter bagi 3 points, sekali sahaja untuk setiap reader untuk setiap chapter, selamanya. Satu comment yang dikira bagi 2 points.

Setiap reader boleh menyumbang maksimum 30 points bagi setiap buku, termasuk reads dan comments. Reader yang sama boleh menyumbang sehingga cap tersebut pada setiap buku dalam penyertaan awak.

Semua chapter yang telah di-publish layak menerima points daripada bacaan dan comments yang memenuhi syarat, termasuk chapter baharu semasa promotion.

Comment mesti mempunyai genuine read yang melayakkannya. Read itu sendiri tidak perlu berlaku semasa pengiraan points sedang berjalan. Namun, comment mesti dibuat dalam tempoh pengiraan points untuk penyertaan awak.

Macam mana winner ditentukan?

Tempat pertama, kedua dan ketiga berdasarkan score buku terbaik setiap writer. Seorang writer hanya boleh memenangi satu tempat, selepas kelayakan disahkan.

Tiada score minimum. Jika peserta layak kurang daripada tiga orang, hanya tempat yang tersedia diisi.

Kalau seri, winner ditentukan ikut jumlah reader berbeza yang lebih tinggi, kemudian tarikh penyertaan yang lebih awal, kemudian tarikh daftar account Tinta yang lebih awal.

Account yang suspended atau banned tidak boleh menang dan dibuang dari board. Standings cuma jadi muktamad pada saat winner diumumkan.

Macam mana dan bila saya dibayar?

Pada hari announcement, winner dapat notification dalam app dan direct message dari account rasmi @tinta_support.

Balas message itu dalam 14 hari kalendar dengan butiran pembayaran awak. Bayaran dibuat melalui bank transfer atau e-wallet, pilihan awak.

Prize yang tidak di-claim dalam 14 hari itu dilucutkan, dan tidak diberi kepada peserta lain.

Untuk winner bawah 18 tahun, bayaran pergi ke account ibu bapa atau penjaga setelah kebenaran mereka disahkan. Peserta bertanggungjawab ke atas sebarang cukai daripada prize yang diterima.

Apakah yang boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan?

Buat, guna, atau minta orang lain guna fake account untuk kumpul reads atau comments. Bayar, beri ganjaran, atau tawar apa-apa sebagai balasan untuk reads atau comments. Susun atau sertai kumpulan yang tukar-tukar reads secara buatan. Guna bot.

Hantar karya yang bukan hak awak. Isytihar jumlah followers yang palsu. Ganggu, ugut, atau serang peserta lain atau staff Tinta.

Aktiviti bacaan dipantau automatik sepanjang tournament, dan phase 3 wujud untuk semak sekali lagi. Kaedah pemantauan tidak didedahkan. Account yang disahkan menipu akan diban, dan ban itu membuang setiap point yang pernah disumbangkannya — secara retroaktif, merentas semua buku dan semua peserta.

Peserta yang dibatalkan penyertaan boleh appeal sekali sahaja, melalui email ke tinta.official.id@gmail.com, dalam 7 hari dari hari account disekat. Email satu-satunya saluran yang berfungsi: account yang disekat tidak boleh sign in untuk baca message dalam app. Keputusan selepas itu muktamad.

Tarik diri, privacy dan pindaan peraturan

Awak boleh tarik diri bila-bila masa dengan hubungi @tinta_support. Buang karya dari Tinta sebelum tournament tamat akan menamatkan penyertaan karya itu.

Untuk kira points, Tinta proses siapa baca chapter mana, berapa lama chapter itu terbuka, dan comments yang ditulis. Peserta cuma nampak jumlah keseluruhan — tidak pernah identiti reader satu per satu.

Username winner dan tajuk karya mereka diumumkan secara terbuka. Menyertai bermakna setuju dengan pendedahan itu.

Tarikh boleh dilanjutkan dan peraturan boleh dipinda — kedua-duanya diumumkan kepada setiap peserta melalui notification rasmi dalam app, sekurang-kurangnya 48 jam sebelum berkuat kuasa. Pengiraan points tidak akan dipinda selepas phase 2 bermula, kecuali untuk baiki bug atau tutup lubang penyalahgunaan.

Soalan

Soalan lazim

Followers saya melebihi 1,000 sekarang. Kelayakan saya hilang?

Tak. Angka yang dikira ialah angka pada hari awak dijemput. Kalau followers awak bertambah selepas itu, awak kekal layak — dan itu memang yang kami harapkan berlaku sepanjang phase promotion.

Boleh saya sertai selepas tournament bermula?

Boleh, jika awak menerima jemputan. Penyertaan terbuka sepanjang phase 1 dan phase 2, termasuk ketika promotion sedang berjalan.

Awak bermula dengan 0 points, dan points dikira dari saat awak masuk. Bacaan yang disahkan sebelum penyertaan tidak dikira, walaupun buku itu sudah lama di Tinta. Chapter yang awak publish selepas masuk tetap layak menyumbang points. Jika masuk semasa phase 2, senarai buku terus terkunci.

Saya perlu tulis cerita baharu?

Tak. Bawa karya yang awak sudah ada — itu memang tujuan season ini. Karya yang sudah lama di Tinta pun boleh; tarikh ia di-publish tidak penting.

Pastikan karya memenuhi syarat penyertaan dan belum pernah bertanding dalam season Founder Writer sebelum ini.

Saya kena buang buku saya dari Wattpad?

Tak. License yang awak bagi kepada Tinta bukan exclusive, jadi karya yang sama boleh ada di Tinta dan Wattpad serentak.

Saya ada satu buku sahaja. Saya rugi?

Tak. Semua writer dinilai melalui satu buku terbaik sahaja. Score buku lain tidak ditambah kepada ranking. Pilih karya yang awak paling bersedia untuk kongsikan.

Patutkah saya hantar satu, dua atau tiga buku?

Pilih sehingga tiga buku yang awak bersedia untuk urus dan promosikan. Setiap buku ada score sendiri, tetapi hanya score tertinggi digunakan untuk ranking awak.

Ada orang baca, kenapa score saya tidak naik?

Semak sama ada reader sudah sign in, bacaan disahkan dalam tempoh pengiraan points untuk penyertaan awak, chapter belum pernah mendapat genuine read daripada reader yang sama, dan cap buku belum dicapai. Score juga mungkin belum dikemas kini.

Kenapa jumlah comments lebih tinggi daripada yang dikira untuk points?

Jumlah comments yang dipaparkan tidak semestinya sama dengan jumlah yang layak menyumbang points. Hanya satu comment bagi setiap reader pada setiap chapter, dan satu pada halaman buku, boleh dikira. Genuine read yang berkaitan, tempoh pengiraan points dan cap setiap buku turut terpakai.

Comment yang tidak menyumbang points masih boleh dibaca dan dibalas selagi tidak dipadam atau disembunyikan.

Kenapa score saya turun?

Score boleh turun apabila account penyumbang diban, comment yang dikira dipadam, chapter dipadam, atau buku penyertaan dipadam atau disembunyikan. Perubahan ini diambil kira semasa score dikemas kini. Identiti account yang disemak tidak didedahkan.

Boleh saya ajak kawan baca buku saya?

Boleh. Kongsikan karya awak dengan kawan dan reader yang berminat sepanjang promotion.

Yang tidak dibenarkan ialah fake account, bayar orang untuk baca, dan susun kumpulan yang tolong-menolong kumpul reads secara buatan.

Siapa saya kena hubungi?

Hantar direct message kepada account rasmi @tinta_support dalam Tinta — ada butang "Contact admin" dalam dashboard peserta awak yang terus buka perbualan itu.

Satu pengecualian ialah appeal disqualify: account yang disekat tidak boleh sign in, jadi appeal dihantar melalui email ke tinta.official.id@gmail.com.

Cerita dah ada. Jom bagi orang jumpa.

Tak perlu tunggu followers ramai untuk mula. Bawa karya yang awak sudah ada, atau mulakan cerita baharu di Studio. Sudah menerima jemputan? Pilih buku awak dan sertai apabila penyertaan dibuka.