CARA DIA BUAT KERJA

HarithMzzMay 20264 min read

POV: Zara Aisyah

----------------------------------

Working meeting pertama dengan Zyrtech Solutions bermula pukul dua petang.

Zara tahu ni bukan pitching lagi. Pitching adalah performance — kau masuk, kau impress, kau keluar. Working meeting lain. Working meeting bermakna duduk lama. Bermakna exchange idea, push balik bila tak setuju, tunjuk cara kerja yang sebenar. Lebih real. Dan lebih exposed. 

Dia tahu ni. Dia prepare untuk ni.

Yang dia tak prepare adalah Irsyad duduk terus sebelah dia.

Bukan sebelah rapat. Ada satu kerusi kosong antara diorang. Tapi dalam bilik meeting kecik ni — empat orang je, Kak Dina ada urgent hal kena settle kat luar — jarak tu rasa macam tak cukup buffer.

"Okay." Irsyad bukak laptop dia. "Aku dah baca brief yang Kak Dina hantar. Ada beberapa benda aku nak clarify terus dengan copywriter."

Hafiz angkat kening ke arah Zara. Maksudnya jelas — kau yang kena jawab ni.

Zara buka buku nota dia. Klik pen. "Boleh."

"Content pillar Authority — kau nak execute macam mana untuk company yang still nak nampak approachable? Dua benda tu selalu clash."

Soalan yang Zara dah anticipate. Dia dah fikir pasal ni dari semalam.

"Authority tak semestinya bermakna distant," Zara cakap. "Boleh authority sekaligus relatable — cara dia adalah tunjuk expertise melalui perspektif, bukan melalui jargon. Macam cikgu yang bagus. Diorang tahu benda dalam dan luar, tapi diorang explain dengan cara yang buat kau rasa smart bila faham, bukan rasa bodoh sebab tak faham."

Irsyad duduk diam sekejap. Mata dia baca nota yang dia tulis sendiri.

"Boleh bagi contoh execution?"

"LinkedIn post format — bukan announce achievement, tapi share lesson dari achievement tu. Orang respect kau sebab kau bagi nilai, bukan sebab kau list trophy."

"Okay." Dia tulis sesuatu. "Soalan kedua—"

"En. Irsyad," Hafiz masuk. "Boleh aku tanya dulu pasal visual direction?"

"Kejap."

Hafiz blink.

Irsyad tengok Zara. "Content calendar — kau suggest weekly ke bi-weekly untuk awal-awal?"

Zara fikir sekejap. "Bi-weekly dulu. Bagi masa untuk test tone, tengok mana yang resonate. Bila dah ada data dalam sebulan dua, baru ramp up."

"Conservative."

"Sustainable."

Irsyad senyum sikit — sebelah je naik. Cepat sangat sampai kalau Zara blink dia mungkin terlepas. "Fair enough."

Hafiz angkat tangan. "Boleh aku cakap sekarang?"

"Boleh." Irsyad pusing ke arah creative director tu.

Zara lepaskan nafas yang dia tak sedar dia tahan.

---

Satu jam berlalu.

Meeting productive — Zara kena mengaku tu. Irsyad jenis yang tahu apa dia nak, tahu bila nak push dan bila nak accept, dan dia tak buang masa dengan benda yang tak penting. Cara dia handle discussion buat Zara teringat balik zaman uni — cara yang sama, cuma sekarang ada weight lebih dalam setiap benda yang dia cakap.

Masalahnya, setiap kali Zara nak fokus pada content, Irsyad akan cakap sesuatu yang buat otak dia berlari ke arah lain.

"Ayat ni terlalu corporate," dia cakap pasal salah satu draft Zara. "Kau boleh buat lagi natural."

"Itu standard brand voice untuk tech company."

"Standard bukan bermakna betul."

Zara tengok dia. "Kau nak natural tapi kau nak nampak professional. Kau kena pick one."

"Aku nak dua-dua."

"Semua orang nak dua-dua. Tapi kau kena decide mana yang priority bila diorang clash."

Irsyad tengok dia balik. Ada satu momen yang Zara tak boleh nak describe — dia rasa macam diorang bukan tengah bincang pasal brand voice. Macam ada conversation lain kat bawah conversation ni yang dia tak faham lagi.

"Natural," Irsyad cakap akhirnya. "Kalau terpaksa pick one."

Zara tulis dalam nota dia. "Okay."

"Kau setuju?"

"Aku profesional. Aku execute apa yang client nak."

"Bukan soal aku setuju ke tak. Aku tanya pendapat kau."

Zara berhenti menulis. Tengok dia. "Aku pun nak natural. Tapi nak natural yang ada discipline. Bukan natural yang jadi terlalu casual sampai credibility hilang."

"Macam mana nak balance tu?"

"Itu kerja aku nak figure out."

Irsyad angguk perlahan. Cara dia angguk tu — macam dia baru dapat jawapan yang dia nak, bukan jawapan yang Zara bagi. Zara tak faham kenapa tu buat dia rasa pelik sikit.

Sebelah dia, Hafiz tengah scroll phone dengan muka orang yang dah habis relevan dalam conversation ni.

---

Lepas meeting, Hafiz gerak dulu — ada call. Tinggal Zara kemas barang, Irsyad tutup laptop.

Zara dah almost ready nak bangun bila Irsyad cakap, tanpa tengok dia: "Kau bawa bekal lagi ke?"

Zara freeze sekejap.

"...Ha?"

"Bekal." Dia pusing ke arah dia. "Zaman uni kau selalu bawa bekal. Hari ni pun nampak ada container dalam bag kau masa kau bukak tadi."

Zara tutup zip bag dia dengan cara yang terlalu focused — sama macam bab pitching hari tu. "Mak masak."

"Best ke?"

Soalan pelik. Dari mana datang soalan tu? "...Best."

"Homemade selalu lagi sedap dari kedai." Dia stand up, ambil laptop dia. "Kau lucky ada orang masak."

Cara dia cakap tu — bukan sedih. Bukan bitter. Cuma macam statement yang dia cakap sambil lalu, yang Zara rasa ada lebih dalam dari yang dia tunjuk.

Dia tahu dari Kak Dina yang Irsyad self-made. Dari keluarga yang tak senang. Mungkin dia jenis yang tak ada orang masak untuk dia zaman kecil. Atau mungkin ada, tapi sekarang dia sorang dah.

Zara tak tanya. Bukan tempat dia.

"Jumpa minggu depan," Irsyad cakap. Jalan keluar.

Zara duduk dalam bilik meeting kosong tu sorang-sorang.

Dia fikir pasal cara Irsyad tanya soalan tadi — direct, tapi ada ruang untuk dia jawab cara dia sendiri. Cara dia notice bekal dalam bag dia. Cara dia cakap kau lucky ada orang masak dengan nada yang flat tapi ada sesuatu kat bawah tu.

Dia perasan banyak benda.

Ayat tu muncul balik dalam kepala dia.

Zara bangun, kemas, jalan keluar.

Dia tak nak fikir pasal tu lagi.

Tapi kali ni dia dah tahu — sepatutnya tu makin lama makin tak convince diri sendiri.