APA YANG MAK RISAUKAN

HarithMzzMay 20263 min read

POV: Zara Aisyah

Zara tak cerita kat mak pasal buku tu.

Dia pulang Rabu malam dengan buku dalam bag, sticky note dah dia simpan dalam buku nota ketiga — kat muka surat paling belakang, ditekan kemas supaya tak bergerak. Makan malam bersama mak berjalan seperti biasa. Cerita pasal kerja, sikit-sikit. Mak cerita pasal jiran baru kat tingkat bawah. Biasa.

Tapi Jumaat malam, mak buka topik yang Zara dah tahu akan datang cuma tak tahu bila.

Diorang lepas Isyak, duduk kat ruang tamu. Mak tengah lipat kain. Zara duduk sebelah, tolong sesekali. TV hidup tapi volume rendah.

"Zara."

"Ha, Mak?"

"Project Zyrtech tu, lagi berapa lama?"

"Dalam sebulan dua lagi. Depends on deliverables."

Mak angguk. Lipat baju. "Selalu jumpa client ke?"

"Ada working meeting tiap minggu."

"Jumpa dia jugak? CEO tu?"

Zara lipat seluar mak perlahan. "Ha. Dia yang paling involve dalam direction."

Mak diam sekejap. Tangan dia terus lipat kain, systematic. "Mak call Along Hasnah semalam."

Zara berhenti lipat.

"Tanya khabar je," mak sambung. Nada dia still casual. "Lama tak dengar cerita. Dia tanya Along sihat ke tak, anak-anak macam mana."

"Oh."

"Dia tanya pasal Irsyad." Mak letak baju yang siap dilipat. Ambil yang lain. "Along cerita sikit. Kata anak dia buat bisnes sendiri, syarikat dah besar, kerja keras dari muda."

Zara tak cakap apa-apa.

"Mak happy untuk dia," mak cakap. Dan cara dia cakap tu — Zara tahu mak genuinely happy untuk Along Hasnah dan keluarga dia. Tapi ada tapi yang belum keluar lagi.

"Mak," Zara cakap perlahan. "Ada apa-apa yang Mak nak cakap?"

Mak letak kain yang dia pegang. Pusing ke arah Zara sepenuhnya.

"Kau suka dia ke?"

Direct. Cara mak selalu buat — dia tak circle-circle. Bila dia nak tahu, dia tanya.

Zara fikir pasal sticky note kuning. Benda yang penting tak perlu panjang. Fikir pasal kopi vanilla yang dipesan tanpa diminta. Fikir pasal cara Irsyad duduk kat lantai kedai buku sebelah dia.

"Aku... rasa ada sesuatu," Zara cakap akhirnya. Jujur. Dengan mak, dia selalu jujur.

Mak angguk perlahan. Muka dia tak marah. Tapi ada sesuatu yang Zara tak boleh nak baca sepenuhnya — macam ada benda yang mak tengah timbang dalam kepala dia.

"Dia approach kau dah?"

"Belum secara formal. Tapi dia tunjukkan." Pause. "Mak okay ke?"

Mak ambil cawan teh dia yang dah suam. Minum sikit.

"Mak tak marah," mak cakap. "Dan mak tak kata tak boleh." Dia tengok Zara. "Tapi Mak nak kau fikir elok-elok."

"Fikir pasal apa?"

"Dia dah berjaya, Zara. Syarikat sendiri, hidup selesa, pergaulan mesti lain dari kita." Mak cakap slow, pilih perkataan. "Mak takut — bukan sebab dia tak baik. Tapi sebab mak takut kau nanti rasa kecil. Rasa tak cukup. Rasa macam kau kena kejar-kejar standard yang bukan standard kau."

Zara duduk diam.

"Dunia orang macam dia berbeza, sayang. Kenalan dia lain, expectations dia lain, keluarga dia pun mungkin tengok benda lain dari kita."

"Mak kenal keluarga dia dulu."

"Kenal masa diorang susah. Sekarang diorang senang. Orang berubah, Zara. Bukan semua — tapi mak cukup tua untuk tahu yang keadaan orang boleh ubah cara diorang tengok orang lain."

Zara fikir pasal Irsyad. Cara dia cakap pasal ayah dia. Cara dia cakap aku nak buktikan kat diri sendiri dulu, pastu mak ayah aku. Cara dia pesan kopi vanilla tanpa buat hal besar.

"Dia bukan jenis macam tu, Mak."

"Kau kenal dia berapa lama?"

Soalan tu — fair. Zara tahu mak bukan nak sakitkan hati dia. Mak nak dia fikir.

"Dua bulan lebih."

"Dua bulan tu belum cukup untuk kenal seseorang sepenuhnya." Mak letak tangan kat tangan Zara. "Mak bukan kata tak boleh langsung. Mak cuma kata — hati-hati. Tengok macam mana dia approach, macam mana cara dia. Kalau dia serius, dia akan tunjukkan dengan cara yang betul, cara yang mak ayah kau boleh hormati."

Zara tengok tangan mak dia.

"Mak percaya Zara pandai jaga diri," mak sambung. "Tapi mak ada sekali je anak. Mak ada hak nak risau."

"Mak ada hak tu."

Mak senyum sikit. Squeeze tangan dia sekali, lepas.

Diorang sambung lipat kain dalam senyap.

Tapi dalam kepala Zara, ayat mak dok berputar: kalau dia serius, dia akan tunjukkan dengan cara yang betul.

Cara yang betul.

Buku nota ketiga, sticky note kuning — itu bukan cara yang betul lagi. Itu permulaan. Tapi permulaan dan cara yang betul adalah dua benda berbeza.

Zara tahu mak betul.

Dan sekarang soalannya — Irsyad Zaieym, yang selalu tahu cara untuk benda lain, adakah dia tahu cara untuk benda ni?