BIRD BY BIRD

HarithMzzMay 20263 min read

POV: Irsyad Zaieym

Irsyad beli buku tu Ahad lepas.

Dia pergi kedai buku yang sama — kedai buku yang sama aisle yang sama, tapi kali ni sorang. Dia cari Bird by Bird oleh Anne Lamott. Ada satu copy je tinggal kat rak. Dia ambil, tengok cover, beli.

Balik rumah, dia letak kat meja.

Duduk tengok buku tu dua puluh minit.

Lepas tu dia ambil sticky note kecil — kuning, yang dia guna untuk mark important things dalam fail kerja — dan dia tulis satu benda kat situ. Lekat kat cover buku.

Dia baca balik apa yang dia tulis.

Simpan buku tu dalam bag.

---

Working meeting hari Rabu. Irsyad sampai awal, macam biasa. Syira dah setup bilik meeting. Lima minit sebelum Kata Kreatif sampai, dia keluarkan buku tu dari bag. Letak atas meja kat tempat dia biasa duduk.

Hafiz masuk dulu. Tengok buku. "Kau baca ni ke?"

"Hadiah."

Hafiz angkat kening. "Untuk sesiapa?"

"Orang yang recommend buku ni kat aku."

Hafiz tengok dia dengan cara yang — Irsyad dah tahu — bermakna dia faham lebih dari yang Irsyad cakap. Tapi Hafiz jenis yang tak tanya kalau tak diminta. Dia duduk, bukak laptop, buat kerja dia.

Kak Dina sampai. Pastu Zara.

Zara masuk bilik meeting, scan meja macam biasa sebelum pilih tempat duduk. Mata dia turun ke buku atas meja.

Dia baca tajuknya. Bird by Bird.

Dia angkat kepala. Tengok Irsyad.

"Kau beli."

"Ha."

"Kau cakap kau nak beli sendiri."

"Aku beli sendiri." Pause. "Tapi aku beli dua copy."

Zara tengok buku tu lagi sekali. Ada sticky note kuning kat cover. Dia rasa nak baca apa yang tertulis tapi dia tak buat — bukan kat sini, bukan depan semua orang.

"Terima kasih," dia cakap akhirnya. Pelan. Natural.

"Sama-sama."

Kak Dina yang tengah setup laptop langsung tak angkat kepala. Hafiz tiba-tiba sangat focused kat skrin dia.

Meeting bermula. Irsyad buat kerja dia — tanya soalan, bagi feedback, keluarkan direction yang dia nak. Empat puluh lima minit yang productive. Lepas habis, Kak Dina dan Hafiz pack up laju — ada meeting lain.

Tinggal Irsyad dan Zara lagi sekali.

Zara pegang buku tu dalam tangan. Tengok cover. Irsyad kemas laptop dia, bagi dia masa.

"Sticky note tu," Zara cakap tanpa tengok dia. "Boleh aku baca sekarang ke kena tunggu?"

"Kau boleh baca bila-bila masa."

Dia bukak sticky note tu. Baca.

Irsyad perhatikan cara muka dia berubah — bukan dramatically, bukan obvious. Tapi ada sesuatu yang subtle. Macam sesuatu yang dia cuba kawal tapi tak betul-betul berjaya.

Dia letak sticky note balik. Tutup buku.

"Irsyad."

"Ha."

"Ini..." Dia pause. "Ini bukan hadiah kerja."

"Tidak."

Zara tengok dia. Direct. Cara dia tengok bila dia nak faham sesuatu betul-betul — macam dia tengah baca orang. "Kau serius?"

"Aku selalu serius."

Senyap.

"Aku perlukan masa," Zara cakap akhirnya. Pelan tapi jelas.

"Aku tahu." Irsyad berdiri, ambil bag dia. "Aku tak minta kau buat keputusan sekarang. Aku cuma nak kau tahu."

Dia jalan ke arah pintu. Berhenti sekejap tanpa pusing balik. "Jaga diri."

Dia keluar.

Zara duduk dalam bilik meeting kosong tu, pegang buku dalam tangan, sticky note kuning terselit dalam jari dia.

Dia baca sekali lagi apa yang tertulis di situ.

Benda yang penting tak perlu panjang. — I.

Ayatnya sendiri. Yang dia cakap dalam pitching pertama mereka. Yang Irsyad ingat, simpan, dan tulis balik untuk dia.

Zara tutup mata sekejap.

Hati dia buat sesuatu yang dia dah lama cuba ignore.

Kali ni dia biar je.