ORANG YANG SAMA

HarithMzzMay 20265 min read

Irsyad Zaieym tidak pernah suka dengan meeting pagi. 

Bukan sebab malas atau anti-produktif tapi dia cuma rasa ada benda yang tak kena bila orang expect otaknya berfungsi seratus peratus pada pukul sembilan pagi.. Otak dia jenis warm up lambat sikit. Tapi bila dah warm up — memang laju.

"Slide ketiga tu data Q3 ke Q4?"

Hafiy, head of marketing Zaieym, serta-merta flip balik ke slide sebelumnya.

"Q3, boss. Q4 kita target naik lagi dua belas peratus."

"Okay."

Irsyad angguk perlahan. Matanya terus mengimbas nombor-nombor diatas skrin projektor.

"Boleh. Tapi channel mana yang paling underperform?" 

"Email campaign."

"Then fokus situ dulu. Jangan buang budget kat tempat yang dah perform kalau yang bermasalah tu belum selesai."

Meeting habis dalam masa empat puluh minit - masuk, selesai, keluar. Dia bukan jenis yang boleh tahan meeting marathon tiga jam padahal benda boleh settle dalam satu WhatsApp message. Masa itu duit.

Lepas semua orang keluar, tinggal dia sorang dalam bilik meeting. Dia bersandar ke kerusi, tengok siling sekejap.

Dua puluh empat tahun.

Kadang dia sendiri tak percaya.

Dia ingat lagi masa dekat-dekat nak grad dulu, ayah dia call. Ayah cakap: "Dah nak habis belajar. Lepas ni kerja elok-elok. Jangan susahkan mak."

Masa tu Irsyad dah ada plan lain dalam kepala. Dia tak cakap apa-apa kat telefon tu. Cuma "okay, Ayah." Tapi dalam hati, dia dah lama decide.

Dia tak nak kerja untuk orang. Dia nak bina sesuatu.

Bukan sebab ego. Bukan sebab sombong. Tapi sebab dia nampak — sepanjang hidup dia — betapa penatnya ayah dia balik kerja setiap malam. Kasut yang dah lusuh. Baju basah peluh. Muka yang penat tapi masih sempat senyum bila tengok anak-anak.

Dari flat tiga bilik tu, Irsyad belajar satu benda penting: pengorbanan itu real. Dan dia tak nak pengorbanan tu jadi sia-sia.

Jadi pada usia dua puluh tahun, dia mula. Dari laptop lama atas meja kat sudut bilik flat. Dari modal kecil dan semangat yang besar dan banyak malam tidur lambat. Empat tahun kemudian, syarikat tech dia dah ada dua puluh tiga orang pekerja dan office sendiri kat KL.

Mak dia nangis masa dia tunjuk gambar office tu.

Ayah dia cuma tepuk bahu. Tapi mata dia berkaca.

Itu cukup. Lebih dari cukup.

Irsyad bangun dari kerusi, ambil telefon. Tiga notification — satu email dari vendor, satu reminder dari PA dia pasal pitching petang ni, satu lagi notifikasi dari group chat sekolah lama.

Dia bukak group chat tu.

Faris — kawan baik dia dari Form 1 — hantar meme pasal orang yang terlalu serius dalam meeting. Caption dia:

"tag someone u know 💀"

Irsyad: relevant gila
Faris: eh hidup lagi ke kau? ingat dah jadi robot
Irsyad: robot pun ada cuti
Faris: wei petang free x? lepak jap
Irsyad tengok jam. 10:47 pagi. Ada pitching meeting petang dengan satu agency baru. Content and copywriting, kalau tak silap PA dia cakap.
Irsyad: ada meeting petang. malam boleh
Faris: eleh encik CEO
Irsyad: nasib baik kau kawan lama kalau x dah kena fire
Faris:😭😭 okay malam aku tunggu

Irsyad letak telefon, senyum sikit sendiri.

Faris ni satu-satunya orang yang boleh buat dia gelak dalam masa dua patah perkataan. Diorang kenal dari sekolah rendah — masa Irsyad masih duduk flat, masa hidup belum complicated dan benda paling susah dalam dunia adalah hafal sifir. Faris tahu segala-galanya pasal dia. Yang baik, yang tak baik, yang memalukan sampai sekarang pun.

Termasuk satu benda yang Irsyad tak pernah cerita kat sesiapa lain.

Dia keluar dari bilik meeting, masuk ke pejabat dia. Kerusi leather hitam, meja kayu dengan tiga monitor. Buku nota atas meja — dia jenis yang masih tulis tangan untuk benda-benda penting — dan cawan kopi yang dah sejuk.

Dia duduk. Bukak laptop. Cuba fokus.

Tapi entah kenapa ada rasa tak senang sikit petang ni. Bukan risau. Bukan takut. Cuma pelik. Macam ada sesuatu kat hujung ingatan yang tak siap lagi.

Syira, PA dia, ketuk pintu.

"Irsyad, agency tu confirm datang pukul tiga. Diorang hantar deck — nak aku print?"

"Tak payah. Buka digital je."

"Okay. Ada apa-apa lagi?"

"Air kopi baru boleh?"

Syira tarik muka.

"You tadi dah minum dua cawan."

"Third cawan adalah untuk produktiviti."

"Third cawan adalah untuk sakit gastrik dan bill hospital."

"Tolong la, Syira."

Dia keluar dengan muka tak impressed tapi Irsyad tahu dalam dua minit ada kopi baru atas meja. Syira selalu buat muka dulu sebelum tolong. Dia dah faham pattern tu.

Irsyad bukak email dari agency. Skrol. Nama agency: Kata Kreatif. Ada tiga orang akan hadir untuk pitching — account manager, creative director, dan seorang copywriter.

Dia baca nama-nama tu.

Dan terhenti.

Satu nama kat hujung sekali.

Zara Aisyah.

Irsyad duduk diam.

Sepuluh saat. Dua puluh saat.

Okay. Mungkin nama yang sama je. Ramai orang nama Zara. Ramai orang nama Aisyah. Kombinasi dua-dua pun mungkin ramai. Malaysia besar, dunia lagi besar.

Tapi dia tak dapat buat diri dia percaya tu sepenuhnya.

Dia tutup laptop. Bukak balik. Baca nama tu sekali lagi.

Zara Aisyah.

Dalam kepala dia, tiba-tiba ada satu imej — lecture hall lama, baris ketiga dari depan, seorang perempuan yang duduk sorang-sorang dengan buku nota terbuka. Dia tak pernah duduk dengan sesiapa. Tapi dia selalu ada — awal sebelum orang lain, fokus dari mula sampai habis.

Irsyad pernah duduk dua baris belakang dia selama dua semester penuh.

Pernah hafal cara dia highlight nota — warna kuning untuk definition, warna biru untuk contoh penting. Pernah tahu yang dia selalu bawa bekal sendiri ke kelas. Pernah nampak dia ketawa kecik bila kawan sebelah dia cakap sesuatu yang lawak, tapi dia cover mulut dia dengan tangan.

Dan dia tidak pernah — sekalipun — beritahu Zara apa yang dia rasa.

Bukan sebab dia tak berani. Okay, mungkin sikit. Tapi lebih kepada dia tak tahu macam mana. Irsyad jenis yang semua benda dalam hidup dia ada plan, ada langkah, ada cara yang betul. Tapi bila bab perasaan tu, dia buntu. Dia tak tahu apa cara yang betul. Jadi dia diam.

Dan diam dia berlarutan sampai semester habis. Sampai grad. Sampai masing-masing jalan sendiri-sendiri.

Kopi baru sampai atas meja. Syira letak dan keluar tanpa kata apa-apa — dia dah tahu bila boss dia tengah dalam dunia dia sendiri. Irsyad tak perasan pun.

Dia tengok jam. 11:14 pagi.

Hampir empat jam lagi.

Dia tarik nafas perlahan, lepaskan.

Kemungkinan besar bukan orang yang sama. Nama tu biasa. Dia over-thinking. Dia patut tutup tab email tu, fokus kerja, dan berhenti jadi dramatic sorang-sorang dalam pejabat dia sendiri.

Dia tutup tab email.

Bukak balik dalam masa tiga saat.

Zara Aisyah.

Irsyad sandar ke kerusi, tengok nama tu lama sikit.

Kalau bukan orang yang sama — takpe. Life goes on. Dia akan duduk dalam meeting tu, dengar pitching, buat keputusan bisnes yang rational, dan balik rumah macam biasa.

Tapi kalau orang yang sama —

Dia tak tahu lagi nak fikir sampai situ.

Yang dia tahu, dah empat tahun lebih dia belajar buat benda yang susah. Belajar sabar. Belajar tunggu masa yang betul. Belajar percaya yang setiap benda ada waktunya.

Pukul tiga petang nanti, pintu bilik meeting akan terbuka.

Dan dia akan tengok.

— Bersambung ke Bab 2 —