CARA IRSYAD USIK

HarithMzzMay 20263 min read

POV: Irsyad Zaieym

----------------------------------

Ada satu benda yang Faris selalu cakap pasal Irsyad — "kau ni bila dah decide nak buat sesuatu, kau buat sampai habis."

Masa tu Faris cakap pasal bisnes. Tapi rupanya berlaku untuk benda lain jugak.

Irsyad dah decide — dia nak approach Zara, dengan cara yang betul, ikut pace yang natural. Bukan rush, bukan force. Tapi bukan diam jugak macam empat tahun lepas.

Jadi dia mula.

Bukan dengan cara yang dramatic atau obvious. Cara Irsyad adalah kecil-kecil. Subtle. Consistent.

Minggu pertama: Dia notice Zara selalu pesan kopi vanilla bila diorang lunch. Dia noted tu. Kedua kali diorang lunch, sebelum Zara sempat nak order, dia dah cakap kat pelayan: "Satu nasi campur, satu lagi sama — dengan kopi vanilla."

Zara tengok dia.

"Kau pesan sama je setiap kali," dia explain. Matter-of-fact.

"Kau perasan."

"Aku cakap dari awal — aku perasan banyak benda."

Zara buka menu. "Mungkin aku nak try benda lain hari ni."

"Nak?"

Dia tutup menu. "Tak nak."

Irsyad senyum sikit. Zara buat muka.

---

Minggu kedua: Diorang ada working meeting panjang — sampai lewat petang. Lepas habis, semua orang penat. Kak Dina gerak awal, Hafiz ada call. Tinggal Irsyad dan Zara kemas barang.

"Kau balik LRT?" Irsyad tanya.

"Ha."

"Stesen mana?"

Zara pause. "Kenapa?"

"Nak tahu je."

"Aku okay."

"Aku tak tanya kau okay ke tak. Aku tanya stesen mana."

Dia tengok dia. "Kau nak hantar?"

"Kau nak aku hantar?"

Senyap tiga saat.

"Tak payah," Zara cakap. "Aku selalu balik sorang."

"Okay." Irsyad tutup laptop dia. "Aku tanya sebab nak tahu je. Bukan nak paksa."

Cara dia cakap tu — tanpa pressure, tanpa pujuk, tanpa bagi Zara rasa guilty. Dia offer, Zara tolak, dia accept. Habis cerita.

Zara kemas barang dia. Lepas siap, dia look up. "Irsyad."

"Ha?"

"Terima kasih. Tapi aku memang okay."

"Aku tahu." Dia senyum. "Pergi sebelum peak hour."

Zara jalan keluar. Irsyad tunggu dia keluar dulu baru dia gerak.

---

Minggu ketiga: Benda yang buat Zara buat muka paling lama.

Irsyad hantar email. Subject: Soalan random.

Kau pernah baca buku 'Bird by Bird'? Nampak tajuk tu familiar tapi tak pernah baca.

Zara reply dalam masa dua minit: Ha, buku tu aku tengah baca masa kau jumpa aku kat kedai buku. Anne Lamott. Pasal proses menulis tapi sebenarnya pasal banyak benda lain jugak. Kenapa?

Irsyad: Curious je. Best ke?

Zara: Sangat. Kau nak pinjam?

Terus dia sedar apa yang dia taip. Dia nampak Irsyad cakap — kau tak pinjam buku. Dia reply cepat: Sorry, tersalah offer. Kau beli sendiri lah.

Irsyad: Tak apa. Aku suka idea pinjam dari kau.

Zara duduk dan stare kat screen tiga saat penuh.

Lepas tu dia taip: Kau beli sendiri lah, Irsyad.

Irsyad: Okay.

Lepas tu satu minit kemudian: Tapi kalau kau nak share, aku terima.

Zara campak pen atas meja. Hana angkat kepala dari sebelah.

"Apa?"

"Takde apa."

Hana tengok muka Zara. Senyum. "Okay."

---

Faris tanya Irsyad malam tu — diorang lepak sekejap kat mamak yang sama.

"Kau dah buat progress?"

"Sikit-sikit."

"Macam mana reaction dia?"

Irsyad fikir. Cara Zara buat muka bila dia pesan kopi vanilla untuk dia. Cara dia cakap terima kasih tapi aku okay dengan nada yang ada gratitude dalam tu walaupun dia tolak offer. Cara dia reply email dengan kau beli sendiri lah tapi masih reply, masih engage.

"Dia tak lari," Irsyad cakap.

Faris angguk perlahan, macam tu je cukup. "Good."

"Tapi dia berhati-hati."

"Kau expect dia tak berhati-hati?"

"Tak. Aku expect dia berhati-hati." Irsyad minum teh tarik dia. "Aku cuma nak pastikan dia tahu — aku serius. Bukan main-main. Bukan sebab dia convenient atau dekat. Tapi sebab aku genuinely nak kenal dia lagi dalam."

Faris tengok dia. "Kau dah fikir pasal nak buat macam mana?"

"Aku nak buat cara yang halal. Cara yang dia dan keluarga dia boleh respect."

"Maknanya?"

Irsyad letak cawan. "Maknanya bila masa betul, aku nak approach dengan niat yang clear. Bukan main-main dulu baru fikir serius. Serius dari awal."

Faris senyap sekejap. "Kau dah fikir jauh."

"Aku dah lama fikir."

"Empat tahun lebih."

"Ha."

Faris geleng kepala — tapi cara geleng yang ada senyum dalam tu. "Okay. Jadi sekarang langkah kau apa?"

Irsyad fikir.

"Buat dia tahu aku ada. Bukan dengan cara terang-terang. Tapi dengan cara yang dia tak boleh ignore." Pause. "Pastu bila masa betul, aku akan cakap direct."

Faris angkat teh tarik dia. "Bismillah."

Irsyad senyum sikit. "Bismillah."