BUKAN KERJAKU UNTUK TAHU

HarithMzzMay 20266 min read

POV: Zara Aisyah

POV: Zara Aisyah 

Zara rasa ada benda tak kena dari pagi lagi.

Bukan sebab dia bangun lambat — dia bangun awal, solat Subuh, sempat buat kopi vanilla sendiri sebelum pukul tujuh. Bukan sebab traffic — dia naik LRT, traffic bukan urusan dia. Dan bukan sebab kerja — kerja ada, tapi manageable.

Cuma ada rasa tak senang yang dia tak boleh nak letak nama.

Dia duduk kat meja dia, buka laptop, scroll brief untuk pitching petang ni. Kata Kreatif dapat slot pukul tiga — potential client baru, syarikat tech. Besar ke kecik dia tak tahu lagi, tapi Kak Dina, account manager dia, cakap "jangan main-main, prepare elok-elok."

Zara prepare elok-elok. Dia jenis macam tu.

Deck dah siap dari semalam. Copy dah proofread tiga kali. Notes kat buku dia dah penuh dengan perkara yang dia nak highlight semasa pitching. Dia bukan orang yang suka last minute — bukan sebab takut, tapi sebab dia nak masuk dalam mana-mana bilik dengan rasa dia dah buat yang terbaik dia boleh buat. Lepas tu apa jadi, bukan dalam tangan dia dah.

"Za."

Dia angkat kepala. Hana — kawan sebelah meja, kawan rapat dia sejak mula masuk Kata Kreatif setahun lepas — tengah melilau atas kerusi dia sambil pegang pen macam mic.

"Excited tak petang ni?"

"Nervous lagi ada."

"Nervous kenapa? Kau yang buat copy tu. Kau hafal luar dalam."

"Nervous sebab aku hafal luar dalam tapi kalau diorang tanya benda luar scope aku macam mana."

Hana geleng kepala. "Za, Za. Kau ni kalau ada A pun risau pasal A minus."

"A minus tu tetap minus, Hana."

"Haih." Hana campak pen dia atas meja. "Okay tapi dengar ni — kau ada bakat. Copy kau selalu yang paling kena. Kak Dina pun cakap. Confident sikit boleh tak?"

Zara senyum kecik. "Boleh try."

"Bukan try. Boleh."

"...Boleh."

"Nah. Tu dia." Hana angkat ibu jari. "Lepas pitching kita makan kat kedai bawah. Aku belanja kalau diorang approve."

"Kalau tak approve?"

"Kau belanja aku sebab aku dah tolong hype kau."

Zara ketawa. Pelan je, cover sikit dengan tangan. "Logic sesat."

"Logic Hana berbeza dari logic orang biasa. Itu namanya creative thinking."

Zara geleng kepala tapi senyum masih ada. Memang la Hana. Dari hari pertama kenal pun dah tahu jenis orang macam mana dia — bising, kelakar, tapi sincere. Kawan yang Zara rasa selesa untuk jadi diri sendiri. Dan untuk Zara, itu bukan benda kecil.

Dia balik semula ke skrin laptop. Ada dua artikel yang kena hantar sebelum tengah hari — satu untuk client F&B, satu lagi untuk brand skincare. Dia bukak dokumen pertama, mula taip.

Menulis itu rutin. Menulis itu tenang.

Dari kecil Zara selalu ada buku nota kat tepi. Mak selalu tanya kenapa dia suka tulis benda-benda kecil — benda yang dia nampak, benda yang dia rasa, benda yang orang cakap yang dia rasa worth simpan. "Tak ada tempat lain nak letak," jawab Zara masa tu. Mak gelak.

Sekarang buku nota itu dah banyak. Tersusun kat rak kecil tepi katil. Zara tak buang satu pun.

Dia taip, edit, taip lagi. Masa jalan. Kopi vanilla dia habis pada pukul sepuluh. Dia pergi dapur pejabat, buat lagi satu — kali ni kurang manis sikit sebab Hana tegur semalam yang dia dah minum terlalu manis. Hana bukan doktor tapi Hana memang jenis yang akan tegur benda-benda kecil macam tu dan Zara, entah kenapa, dengar je.

Pukul dua belas kurang, artikel pertama siap. Dia hantar ke Kak Dina untuk semakan. Rehat sekejap, makan bekal yang mak masak — nasi dengan ayam masak kicap dan telur dadar. Simple tapi sedap. Mak dia jenis yang akan pack bekal walaupun Zara cakap tak payah. "Biar Mak pack. Lagi jimat," kata mak. Zara tak argue dah lama.

Petang makin dekat.

Pukul dua, Zara tutup semua tab yang tak berkaitan. Bukak balik deck pitching. Baca sekali lagi dari awal sampai habis. Ada satu ayat kat slide tujuh yang dia rasa boleh punch lagi sikit — dia edit, baca semula, angguk sendiri.

Lebih baik.

"Za, ready?" Kak Dina berdiri kat tepi meja dia. Blazer kemas, rambut diikat, muka yang always composed. Kak Dina ni jenis yang Zara tengok dan rasa — okay, ini lah yang professional maksudnya.

"Dah ready." Zara ambil buku nota dan pen. Habit lama — dia selalu bawa buku nota dalam meeting walaupun semua orang dah pakai laptop atau phone. Tangan dia ingat lagi kalau dia tulis.

"Hafiz akan join sekejap lagi." Kak Dina tengok jam. "Kita gerak dalam lima belas minit."

"Okay."

Zara pergi tandas sekejap. Tengok cermin. Dia pakai baju kurung pastel hari ni — warna nude, simple. Tudung diikat kemas. Tak ada yang berlebihan. Dia tak suka berlebihan.

Dia tarik nafas.

Okay, Zara. Kau dah buat kerja kau. Masuk bilik tu, buat yang terbaik, lepaskan.

Senang cakap. Tapi dia cuba.

---

Kereta Kak Dina parking kat basement bangunan klien. Hafiz — creative director yang selalu bagi idea gila tapi somehow menjadi — duduk kat depan, tengah cerita pasal project lain. Zara duduk belakang, tengok luar tingkap.

Bangunan ni baru. Kaca banyak. Nampak mahal dari luar.

"Company ni umur berapa, Kak Dina?" Zara tanya.

"Dalam empat tahun lebih kot. Tapi diorang dah besar. CEO dia muda — baru dua puluh empat."

Hafiz berpaling. "Dua puluh empat dah ada company sendiri?"

"Ha'ah. Self-made, tak ada background corporate ke apa." Kak Dina matikan enjin. "Sebab tu aku cakap prepare elok-elok. Orang jenis tu biasanya high standard."

Zara proses maklumat tu dalam diam.

Dua puluh empat. Self-made. High standard.

Okay. Tak apa. Dia dah prepare.

Diorang masuk bangunan. Lobby bersih, minimalist. Ada seorang perempuan kat reception — senyum, tanya nama, minta diorang tunggu sekejap. Lima minit kemudian seorang perempuan lain turun — nama dia Syira, PA, cakap dengan nada yang professional tapi mesra.

"Boleh ikut saya."

Lift ke tingkat lapan. Pintu buka. Pejabat terbuka, ada beberapa orang kerja kat meja masing-masing. Ada satu bilik meeting kat hujung — kaca, nampak meja panjang dan kerusi-kerusi hitam.

Syira buka pintu bilik meeting. "Sila masuk dulu. En. Irsyad akan join sekejap lagi."

Diorang masuk. Duduk. Kak Dina setup laptop. Hafiz tengok slides sekali lagi. Zara buka buku nota dia, tulis nama company kat atas — cara dia ground diri sendiri sebelum mana-mana meeting.

Nama dia tulis: Zyrtech Solutions.

Dia baca semula.

Pastu entah kenapa, sesuatu gerak kat belakang kepala dia. Macam satu ingatan yang belum betul-betul bentuk lagi.

Zyrtech.

Dia pernah dengar nama ni?

Sebelum dia sempat fikir lebih jauh, pintu bilik meeting terbuka.

Zara angkat kepala.

Dan dunia dia buat satu second yang sangat pelik — macam pause. Macam volume semua benda di sekeliling dia turun ke sifar.

Lelaki yang masuk tu — kemeja putih, lengan dilipat dua kali, jam tangan kat pergelangan kiri — berjalan masuk dengan cara yang tenang. Confident tapi bukan jenis yang nak tunjuk. Mata dia scan bilik sekejap sebelum dia senyum ringkas.

"Sorry lambat sikit. Irsyad."

Dia hulur tangan ke arah Kak Dina dulu.

Zara masih duduk diam.

Irsyad Zaieym.

Nama tu cukup untuk buat sesuatu dalam dada dia buat bunyi yang dia tak tahu macam mana nak describe.

Empat tahun. Lebih dari empat tahun.

Dia nampak perubahan — muka yang sama tapi lebih matang. Cara berdiri yang lebih solid. Tapi ada benda yang sama — cara dia senyum tu, sebelah je naik, macam dia tahu sesuatu yang orang lain tak tahu lagi.

Masa giliran dia, Irsyad pusing ke arah dia.

"Irsyad."

"Zara." Dia sambut tangan yang dihulur. "Zara Aisyah. Dari Kata Kreatif."

Sekejap — satu saat yang sangat pendek — sesuatu berkilat dalam mata Irsyad. Zara tak pasti apa. Tapi dia nampak.

Kemudian ia hilang.

Dan Irsyad duduk, bukak laptop dia, dan cakap dengan nada yang completely business-as-usual: "Okay. Boleh start?"

Zara duduk betul-betul. Pegang pen. Fokus ke hadapan.

Professional. Dia boleh professional. 

Tapi dalam satu sudut kecil kepala dia, satu soalan dok lepak tak pergi-pergi.

Dia kenal aku tak?

— Bersambung ke Bab 3 —