IRSYAD ZAIEYM ANAK SIAPA

HarithMzzMay 20262 min read

POV: Zara Aisyah

----------------------------------

Mak tanya soalan yang Zara tak expect Jumaat malam tu.

Diorang tengah makan, TV hidup tapi tak ditonton, kipas berpusing. Mak tanya pasal kerja — biasa, selalu macam tu. Zara cerita sikit pasal project Zyrtech, cakap progress okay, client cooperative.

"Client tu syarikat ke individu?" mak tanya sambil suakan nasi.

"Syarikat. Tech company."

"Boss dia okay?"

Zara minum air. "Okay."

"Muda ke tua?"

"Muda."

Mak angguk. Suap nasi. Zara sangka topic habis situ.

"Nama dia siapa?"

Zara berhenti seketika. "Ha?"

"Boss company tu. Nama dia siapa?" Mak cakap sambil ambil lauk. Casual. Macam soalan biasa.

"Irsyad." Pause. "Irsyad Zaieym."

Mak berhenti ambil lauk.

Sekejap je. Mungkin dua saat. Tapi Zara perasan.

"Zyrtech Solutions?" mak tanya. Lagi slow dari tadi.

Zara letak sudu. "Ha... Mak tahu?"

"Mak pernah dengar nama tu." Mak makan balik, tapi pace dia dah lain sikit. "Anak Along Hasnah ke?"

Zara blank. "...Aku tak tahu Along Hasnah siapa."

"Kawan lama mak. Anak dia lelaki, buat bisnes tech. Dulu diorang duduk flat yang sama dengan kita masa kau kecik lagi." Mak tengok dia. "Kau ingat flat Pandan Indah dulu?"

"Ingat sikit-sikit je. Kita pindah masa aku darjah satu."

"Ha. Along Hasnah duduk tingkat tiga, kita tingkat lima." Mak suap nasi perlahan. "Anak dia nama Irsyad. Masa tu masih kecik. Budak yang pendiam, ikut mak dia je."

Zara duduk diam.

Dunia rasa macam tiba-tiba jadi kecil sangat.

"Mak masih contact dengan Along Hasnah?" dia tanya.

"Sekali sekala je. Raya, birthday, tu pun WhatsApp je dah." Mak letak sudu. Tengok Zara direct. "Kau kenal dia ke?"

Cara mak tanya tu — ada sesuatu dalam nada dia. Bukan marah. Bukan suspicious. Tapi ada sesuatu yang Zara tak boleh nak baca sepenuhnya.

"Kenal," Zara cakap. Hati-hati. "Dari zaman universiti. Sekelas beberapa semester."

Mak angguk perlahan.

"Sekarang dia client kau."

"Ha."

Senyap.

Mak bangun, pergi dapur, bawa balik air sejuk. Duduk semula. Minum. Mak jenis yang process benda sambil buat benda lain — Zara dah kenal pattern ni dari kecil.

"Dia macam mana orangnya?" mak tanya akhirnya. Nada dia neutral. Terlalu neutral untuk Zara rasa betul-betul selesa.

"Professional. Kerja dia bagus." Pause. "Baik."

"Hmm."

Satu perkataan tu je. Tapi satu perkataan tu buat Zara rasa macam ada banyak benda dalam kepala mak yang dia tak cakap lagi.

"Mak..." Zara start.

"Habiskan nasi tu." Mak pointing ke pinggan Zara. "Sejuk nanti."

Zara habiskan makan dalam senyap.

Lepas basuh pinggan, dia pergi bilik. Tutup pintu. Duduk kat tepi katil.

Dia fikir — mak kenal keluarga Irsyad. Dari zaman flat lama. Dari zaman Irsyad masih budak kecik yang ikut mak dia. Zara tak tahu apa yang mak tahu, apa yang mak ingat, apa yang mak rasa pasal keluarga tu sekarang versus dulu.

Tapi dia tahu satu benda — mak perasan bila dia pause masa sebut nama Irsyad. Mak sentiasa perasan.

Dan mak yang protective dalam cara yang subtle itu — yang selalu remind Zara pasal nilai diri, pasal hati-hati, pasal cara yang betul — mak tu sekarang tahu nama Irsyad Zaieym ada dalam kehidupan anak dia.

Zara bukak buku nota ketiga. Tulis:

Rupanya dunia kecil betul.

Dia tutup buku. Letak balik dalam laci.

Malam ni banyak benda dalam kepala dia.

Tapi satu soalan paling kuat: Mak tahu apa yang Zara sendiri belum tahu lagi?