BUKAN APA-APA

HarithMzzMay 20267 min read

POV: Zara Aisyah

POV: Zara Aisyah 

Zara decide satu benda dalam lift turun tadi.

Dia tak akan fikir pasal tu.

Senang je. Simple je. Dia masuk kereta Kak Dina, balik office, habiskan artikel kedua yang masih pending, balik rumah, makan, tidur. Kehidupan normal. Kehidupan yang dia dah susun elok-elok dan dia suka sangat susunannnya.

Dia tak akan fikir pasal Irsyad Zaieym.

"Diorang okay tak?" Hafiz tanya dari seat depan. "Rasa macam nak proceed ke reject?"

"Proceed kot." Kak Dina signal nak keluar parking. "CEO dia bukan jenis yang buang masa. Kalau dia tak berminat, dia akan cakap terus."

"Dia tanya banyak pasal copy," Hafiz cakap. Pusing ke belakang sekejap. "Za, kau buat kerja elok tadi. Dia noticed."

Zara senyum. "Thanks, Fiz."

Nada dia okay. Suara dia steady. Luaran semua okay.

Dalam kepala? Bising sikit.

Kau nampak nervous sikit.

Hujung pen kau goyang-goyang bawah meja masa first ten minutes.

Zara grip strap bag dia sikit. Dia tak sedar pun dia buat tu tadi. Tapi Irsyad sedar. Irsyad perasan benda sekecik tu dalam masa dia tengah duduk dalam pitching meeting yang dia patut fokus kat slide dan nombor dan strategy.

Kenapa dia perasan benda tu?

Zara, stop.

Dia tengok luar tingkap. Bangunan-bangunan lalu. Langit petang dah mula tukar warna — dari biru terang kepada sesuatu yang lebih dalam, lebih oren kat tepi. Dia suka langit waktu ni. Ada ketenangan dalam transisi tu.

Dia tarik nafas. Lepaskan.

Bukan apa-apa.

---

Lima minit selepas dia duduk balik kat meja dia, Hana dah terpacul dari kerusi dia macam spring terlebih.

"OKAY CERITA."

Zara buka laptop. "Pitching went well. Diorang kemungkinan proceed."

"Bukan tu yang aku tanya." Hana tarik kerusi dia sendiri, rapat ke meja Zara sampai hampir berlanggar. "Muka kau lain dari selalu bila balik tadi. Ada apa?"

"Muka aku sama je."

"Zara." Hana letak dagu atas tangan. "Kita dah setahun duduk sebelah. Aku kenal muka kau okay je dengan muka kau okay dalam bracket ada sesuatu. Ni yang kedua."

Zara stop taip.

Satu saat.

"Kita kenal CEO tu."

Hana blink. "Kenal macam mana?"

"Dulu sekelas masa uni. Business Management."

Hana duduk betul-betul. Expression dia bertukar dari curious kepada sangat curious. "Nama dia?"

"Irsyad Zaieym."

Sunyi dua saat. Hana fikir. Pastu — "eh, Irsyad? Irsyad yang kau pernah mention dulu? Yang —"

"Aku tak pernah mention sesiapa nama Irsyad kat kau."

"Ye kau ada. Masa kita makan kat bawah, bulan tiga tahun lepas, kau cakap pasal sorang kawan sekelas yang selalu —"

"Hana."

Hana tutup mulut.

Zara tengok dia. "Aku tak pernah cakap apa-apa pasal sesiapa."

Hana angkat kedua-dua tangan macam surrender. Tapi mata dia masih ada seribu soalan dalam tu. "Okay. Okay fine. Kau tak pernah cakap apa-apa."

"Terima kasih."

"Tapi —"

"Hana."

"— sorang je nak tanya —"

"Hana Insyirah."

Full name keluar. Hana bungkam.

Zara balik taip. Artikel kedua. F&B client. Dia kena hantar sebelum pukul enam. Fokus.

Dua minit senyap.

Lepas tu Hana bisik: "Dia hensem tak?"

Zara taip lagi kuat dari perlu.

"Amboi." Hana gelak kecik. "Okay aku diam. Aku diam sekarang."

Dia tak diam. Tapi dia tak tanya soalan lagi, cuma sesekali Zara tangkap Hana tengok dia dengan expression yang terlalu knowing untuk selesa. Zara pretend tak nampak.

---

Artikel siap pukul lima empat puluh. Dia hantar, tutup laptop, kemas meja.

Dalam masa dia beredar tu, telefon dia buzz. Mak.

"Zara, dah nak balik?"

"Kejap lagi, Mak. Ada benda sikit nak kemas."

"Balik awal sikit la. Mak masak gulai ikan."

"Okay Mak, kejap."

Dia letak telefon, senyum sikit. Mak dia selalu macam ni. Tanya dah nak balik ke — bukan sebab nak tahu schedule, tapi sebab dia nak masak benda yang Zara suka bila Zara dah sampai rumah. Benda kecil. Tapi Zara simpan benda kecil macam ni elok-elok.

"Balik dah?" Hana tengah sarung jaket.

"Ha. Kau?"

"Sama." Diorang jalan keluar sama-sama. Dalam lift, Hana senyap — luar biasa. Tapi masa pintu lift dah nak tutup, dia cakap: "Za."

"Apa."

"Kalau kau nak cerita, aku ada."

Zara tengok dia. Hana bukan tengah cuba korek. Kali ni muka dia lain — genuine, tak ada agenda.

"Aku tahu," kata Zara akhirnya. "Terima kasih."

Hana angguk. Pintu lift tutup.

---

Dalam LRT balik, Zara dapat seat. Dia duduk, letak bag atas riba, pandang ke hadapan.

Okay.

Dia dah kata dia tak nak fikir.

Tapi masalahnya, tak fikir tu pun satu keputusan aktif. Dan setiap kali dia buat keputusan aktif untuk tak fikir sesuatu, otak dia jadi macam — oh, ini benda yang kita tak patut fikir? Noted. Aku akan loop benda ni setiap tiga minit.

Jadi okay. Fine. Dia akan fikir, habiskan, then letak tepi.

Irsyad Zaieym.

Diorang sekelas tiga semester. Semester tiga, empat, dan lima — yang Irsyad silap cakap tiga empat je, dan Zara betulkan tanpa fikir panjang. Dia perasan cara Irsyad berhenti sekejap bila dia sebut tu. Macam dia noted something.

Kenapa dia betulkan? Kenapa dia ingat detail tu?

Sebab dia ingat semua benda. Itu je. Dia jenis yang macam tu. Bukan ada maksud lain.

Zara dalam lecture selalu fokus — dia duduk baris depan ke tengah, tulis nota elok-elok, jarang socialise banyak. Irsyad? Dia ingat Irsyad selalu duduk belakang sikit. Tak bising, tak menonjol, tapi kalau lecturer tanya soalan yang susah, selalu Irsyad yang jawab. Jawapan dia selalu simple tapi tepat. Jenis orang yang nampak macam tak dengar tapi sebenarnya paling dengar dalam bilik tu.

Zara noticed that. Dulu.

Lepas tu sem enam diorang dah tak ada kelas sama, dan kehidupan masing-masing jalan.

Dia tak pernah sangka akan jumpa dia lagi. Apatah lagi dalam keadaan macam ni — dia jadi vendor, Irsyad jadi client. Dia duduk sebelah kiri meja, Irsyad hujung kanan. Empat tahun jarak masa kat tengah-tengah.

Dan Irsyad masih sama. Tenang. Cara dia scan bilik tadi, cara dia duduk, cara dia tanya soalan yang dia dah tahu jawapan tapi nak dengar orang lain explain — sama.

Tapi ada benda yang tambah. Sesuatu yang dia tak tahu macam mana nak describe selain: settled. Macam orang yang dah tahu dia nak pergi mana.

Zara sedar dia dah fikir terlalu banyak untuk sesuatu yang dia kata nak letak tepi.

Dia bukak buku nota. Tulis:

"Hari ni aku jumpa orang lama. Rasa pelik — bukan sebab dia berubah. Tapi sebab dunia macam terlalu kecil sekejap."

Dia baca ayat tu. Padam "orang lama." Tulis semula: "seseorang."

Lebih neutral.

LRT berhenti. Stesen dia. Dia keluar, berjalan, naik tangga, masuk dalam cahaya petang yang dah makin redup.

Langit kat luar warna campuran oren dan ungu kat tepi bangunan. Dia berhenti sekejap kat luar stesen — habit lama. Tengok langit kejap sebelum teruskan perjalanan. Benda ni Zara buat selalu sampai kawan-kawan lama dia dulu selalu usik.

"Kau tengok langit tiap hari macam langit pun tengok kau balik."

Zara tersenyum sikit pada memori tu. Dia tak ingat sapa yang cakap. Tapi ayat tu duduk.

Dia jalan balik ke rumah.

Mak dah masak gulai ikan. Wangi dari luar pintu lagi. Zara bukak pintu, letak kasut, masuk dalam.

"Mak, Zara balik."

"Ha! Kejap, Mak tengah sendukkan."

Zara letak bag, duduk kat meja makan. Rumah flat dua bilik — kecik tapi penuh dengan benda-benda yang mak dia susun elok. Langsir lama yang masih cantik sebab mak sapu habuk tiap minggu. Gambar-gambar kat dinding — Zara masa darjah enam, Zara masa convocation, ayah mak masa muda. Meja makan yang dah tercalar sikit tapi mak letak alas meja yang cantik atasnya.

Rumah ni tak besar. Tapi setiap sudut ada cerita.

Mak keluar dari dapur, letak lauk atas meja. "Pitching tadi okay?"

"Okay, Mak. Diorang kemungkinan nak proceed."

"Bagus la tu." Mak duduk sebelah dia. "Makan dulu. Mak tengok kau penat."

"Tak penat sangat."

"Mak kenal muka penat Zara."

Zara tersenyum. Ambil sudu, cedok nasi. "Mak, kalau kita jumpa orang yang kita lama tak jumpa — kita kena rasa apa?"

Mak fikir sekejap. "Bergantung la. Rasa happy ke rasa awkward?"

"Rasa..." Zara cari perkataan. "Rasa macam dunia kecil sikit. Tak tau nak process."

Mak angguk perlahan. "Orang lama ke kawan lama?"

"Kawan lama. Kawan sekelas."

"Lelaki ke perempuan?"

Zara senyap satu saat terlalu lama.

Mak senyum — bukan senyum goda, tapi senyum yang lebih kenal dari itu. Senyum mak yang dah tahu anak dia dari dalam keluar.

"Mak tak tanya apa-apa lagi," kata mak. "Makan dulu."

Zara cedok gulai. Makan. Rasa sedap macam selalu.

Tapi dalam kepala dia masih ada satu soalan yang dok duduk diam-diam, soalan yang dia tak tulis dalam buku nota, soalan yang dia tak akan tanya kat Hana atau kat mak:

Irsyad tanya pasal ayat pendek dalam slide tujuh tu.

Dia tanya bukan sebab dia tak faham. Dia cakap sendiri — "aku cuma nak dengar dia explain."

Kenapa?

Kenapa dia nak dengar Zara explain?

Gulai ikan mak sedap. Langit dah gelap kat luar tingkap. Rumah kecik tu penuh dengan bunyi sudu dan pinggan dan mak yang tanya pasal kerja dengan nada yang selalu calm.

Zara makan.

Dan buat kali pertama hari ni, dia betul-betul berjaya tak fikir pasal tu.

Untuk dalam masa sepuluh minit je la.

Tapi kira progress la tu.

— Bersambung ke Bab 5 —